Saturday 26 November 2011

ALHAMDULILLAH MASJID NURUL ISLAM MENDAPAT JOHAN DALAM PERTANDINGAN PERARAKAN MA'AL HIJRAH 1433H PERINGKAT DAERAH LANGKAWI

0 comments
Pada hari ini, 27/Nov/2011M, 1 Muharram 1433H, Masjid Nurul Islam telah menyertai pertandingan perarakan Ma'al Hijrah peringkat Daerah Langkawi. Pertandingan tersebut telah disertai Masjid-masjid sekitar Langkawi dan juga Jabatan-Jabatan kerajaan dan Belia. 

Masjid Nurul Islam Sg.Itau telah diumumkan menjadi Masjid Terbaik dalam kategori perarakan , dan mendapat sijil penyertaan dan wang sebanyak RM200.Manakal Masjid Raudhatul Khudra' telah mendapat Masjid Terbaik Dalam kategori aktiviti-aktiviti masjid.

Saya sebagai wakil dari Pihak Masjid ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anak-anak kariah yang telah melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung di dalam memberikan sumbangan tenaga dan wang ringgit sehingga kita berjaya mendapat Johan. Kerjasama ini akan diteruskan untuk masa-masa yang akan datang.


Gambar-gambar Menarik Sekitar Sambutan Ma,al Hijrah

TUAN IMAM MENERIMA HADIAH JOHAN PERARAKAN
DARI YB RAWI BIN HAMID



KONTINJEN NURUL ISLAM MASJID SUNGAI ITAU
JOHAN PERARAKAN MAAL HIJRAH 1433H

 


KONTINJEN BERSIAP SEDIA UNTUK PERARAKAN







KHEMAH URUSETIA PERTANDINGAN

CERAMAH AGAMA


 
RAPTAI SELAWAT 
DAN SUSUNAN AHLI-AHLI PERARAKAN






 PERSIAPAN KENDURI MENYAMBUT MAAL HIJRAH





 BACAAN DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN,BACAAN YAASIN
DAN TAHLIL SEMPENA MAAL HIRAJ 1433H




 GAMBAR-GAMBAR AHLI KONTINJEN NURUL ISLAM
MASJID SG.ITAU





 





Monday 21 November 2011

JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH TAHUN 1433 H PERINGKAT DAERAH LANGKAWI

0 comments
Dijemput kepada semua anak-anak kariah Masjid Sg.Itau yang ingin menyertai perarakan Maal Hijrah yang akan diadakan seperti pada surat di bawah ini, anda semua boleh berkumpul di Masjid sungai itau, kerana pihak masjid ada menyediakan sebuah Bas . Masa bertolak ialah selepas solat subuh sebelum pukul 7.00 pagi. Diharap kepada semua anak-anak kariah dapat menyertai program yang dianjurkan ini seterusnya memeriahkan lagi sambutan Maal Hijrah itu nanti.


sekian.
Setiausaha
Masjid Nurul Islam

SURAT JEMPUTAN PROGRAM DARI PEJABAT AGAMA LANGKAWI



Sunday 11 September 2011

BORANG KEMASUKAN KE MAKTAB MAHMUD SESI 2012 SUDAH DIBUKA

0 comments

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI TALIAN :

04-9555301 ( Pejabat )

diambil dari blog Pk Hem MML Langkawi :
http://pkhemmml.blogspot.com/

Monday 5 September 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

0 comments
Pada 30 Ramadhan yang lalu , pihak masjid telah mengadakan majlis khatam Al-quran. majlis ini telah dihadiri oleh peserta-peserta yang telah berjaya bertadarus sepanjang bulan ramadhan. Semoga segala amalan-amalan yang dilakukan ini akan diberikan ganjaran oleh Allah s.w.t nanti. 

Selepas majlis khatam Al-quran diteruskan pula dengan majlis bertakbir raya secara bergilir-gilir. Diharapkan penglibatan anak-anak kariah dalam menjayakan program-program yang diatur ini akan mendapat sambutan yang lebih lagi pada masa yang akan datang. InsyaAllah semoga kita bertemu lagi di bulan Ramadhan yang akan datang.


PERABOT BARU UNTUK PEJABAT PENTADBIRAN MASJID

0 comments
Pihak jawatankuasa telah membeli perkakas perabot baru bagi menyiapkan kemudahan di dalam bilik pentadbiran masjid. Semoga dengan adanya kemudahan-kemudahan ini nanti diharapkan agar pihak jawatankuasa dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan segala aktiviti yang dirancang nanti dapat berjalan dengan lancar. InsyaAllah. 

VIDEO CLIP


GAMBAR





TADARUS AL-QURAN DARI KEMAS,AADK DAN HAWA

0 comments

Program Tadarus ini telah diadakan pada 6 Ogos 2011 yang lalu. Program yang telah dianjurkan bersama oleh Hawa ,Kemas dan AADK telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua anak-anak kariah dan jemputan.

Pihak Masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program tadarus tersebut.

video clip



Gambar-gambar sekitar majlis tersebut















Tempah Tajwid Pro Sekarang

Popular Posts