Saturday 2 July 2011

BULETIN NURUL ISLAM MASJID SUNGAI ITAU

0 comments
Masjid Nurul Islam, 2 Julai 2011,

Buletin Nurul Islam telah dilancarkan pada Malam sambutan isra' dan mi'raj yang lalu, pelancaran ini telah disempurnakan oleh Tuan Imam ,Tn.Hj.Md Isa b.Long. Buletin ini akan diterbitkan dua bulan sekali. Setiap program-program terkini akan dimaklumkan di dalam buletin tersebut dan tazkirah-tazkirah yang menarik mengikut tema-tema tertentu. Jangan lupa dapatkan segera Buletin Nurul Islam untuk bulan Jun-Julai, edisi 01 2011.

BULETIN NURUL ISLAM EDISI 01, KELUARAN BULAN JUN-JULAI 2011

PANORAMA MASJID NURUL ISLAM

0 comments

PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN BALAI LENTANG DAN TANDAS

0 comments
Masjid Nurul Islam, 2 Julai 2011,

        Untuk makluman kepada semua anak kariah, bahwa masjid sekarang sedang mengalami pengubahsuaian di bahagian pintu tandas wanita dan juga pengukuhan tebing di bahagian belakang balai lentang. InsyaAllah dalam itu juga Masjid akan memiliki Pejabat Pentadbiran yang baru, sekarang ini masih dalam proses menyiapkan bilik mesyuarat tersebut. Ruangan yang diambil dari balai lentang tersebut akan memiliki bilik mesyuarat yang luas dan selesa, serta terdapat bilik Setiausaha dan Bendahari. Semoga dengan siapnya bilik ini nanti diharapkan bahawa pentadbiran masjid akan dapat diperkemaskan lagi.  

Tebing Balai Lentang Yang Diperkukuhkan

Tebing Balai Lentang Yang Diperkukuhkan

Tebing Balai Lentang Yang Diperkukuhkan

Pintu Pejabat Pentadbiran Masjid

Pintu Tandas Wanita Yang Diubahsuai

JUALAN ATAP TERPAKAI

1 comments
Masjid Nurul Islam, 2 Julai 2011,
          Pihak Jawatankuasa Kariah telah bermesyuarat dan setuju sebulat suara bahawa, sesiapa yang berminat untuk mendapatkan atap terpakai boleh menghubungi Tn.Hj.Yahaya b.Itam ( bilal ) dengan harga sekeping RM2.00. Sila dapatkan segera sebelum kehabisan.


sekian.

Monday 27 June 2011

AHLI JAWATANKUASA KARIAH MASJID NURUL ISLAM SESI 2011-2013

3 comments

NAMA-NAMA AHLI JAWATANKUASA KARIAH 
MASJID NURUL ISLAM
SESI 2011-2013

Sunday 26 June 2011

KULIAH AL-QURAN DI SURAU AYER HANGAT

0 comments

Kuliah Al-Quran dan Tajwid

Tempat : Surau Ayer hangat,Langkawi
( berdekatan masjid nurul islam)

Jumlah pelajar ( dewasa ) : 20 orang lebih ( lelaki  dan perempuan)

Hari : tiap-tiap sabtu ( malam ahad)

Masa : Selepas Solat Maghrib

Pengajar : Yang berbahagia Ustaz Hj.Ahmad Zaki b.Hj Md Isa

Muslimin Muslimat sekitar Langkawi 
dijemput untuk sama-sama mengimarahkan
Majlis Ilmu Ini.

JADUAL KULIAH ALQURAN DAN TAJWID
DIKENDALIKAN OLEH : US AHMAD ZAKI MD ISA

1 ) MASJID KELIBANG                
AHAD ( MLM ISNIN)   
SELEPAS MAGHRIB

2 ) MASJID AL-AMAN YOOI               
ISNIN ( MLM SELASA)    
SELEPAS MAGHRIB

3 ) MASJID KILIM                
SELASA ( MLM RABU)    
SELEPAS MAGHRIB 

4 ) MASJID PADANG LALANG ( AYER HANGAT)              
RABU ( MLM KHAMIS)    
SELEPAS MAGHRIB


Kuliah Al-Quran dan Tajwid

Tempat :
Masjid Ewa ,Langkawi

Jumlah pelajar ( dewasa ) :
25 hingga 30 orang lebih ( lelaki  dan perempuan)
5 ) MASJID EWA               
KHAMIS ( MLM JUMAAT)    
SELEPAS MAGHRIB 

6 ) SURAU PADANG PUTIH                
JUMAAT ( MLM SABTU)    
SELEPAS MAGHRIB

7 ) SURAU AYER HANGAT               
SABTU ( MLM AHAD)    
SELEPAS MAGHRIB


Tempah Tajwid Pro Sekarang

Popular Posts