Saturday 2 November 2013

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1435H berlangsung dengan jayanya.

0 comments
Alhamdulillah,majlis sambutan Maal Hijrah 1435H,berlangsung dengan jayanya pada malam ini, dijangka yang hadir 200 orang lebih.Terima kasih kepada semua lapisan masyarakat yang tekah memberikan sokongan terhadap program-program yang dianjurkan. Terutamanya golongan belia telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap majlis-majlis Ilmu, tahniah orang muda. Ajak lagi kawan-kawan yang lain untuk datang ke Masjid. Jutaan terimakasih kepada semua yang telah menjayakan Majlis sambutan pada malam ini.Semoga segala pesanan dari Ust.Farhan menjadi satu titik perubahan dalam diri masing-masing.

Gambar-gambar sekitar Sambutan Maal Hijrah 1435H.


Gambar-gambar Video sekitar Sambutan Maal Hijrah 1435H






Friday 1 November 2013

Kelas Talaqqi Al-Quran dan Mushafah telah berlangsung pagi tadi

0 comments


Kuliah ini diadakan pada :

Hari : Jumaat
Masa : Selepas solat subuh
Guru Pembimbing : Ustaz Hj.Ahmad Zaki 
Terbuka kepada semua penduduk Langkawi

Bagi yang belum bersama dengan kuliah ini , dialu-alukan datang bersama-sama...

Kitab-kitab yang digunakan :

1) Syamail Muhammadiyah - Tentang Peribadi Nabi S.A.W
2 ) Kitab Tajwid - Thariq Syatibi Riwayat Imam Hafs
3 ) Bacaan Al-quran Surah-surah Lazim - beramai-ramai dan persorangan...

Setelah tamat kitab Syamail Muhammadiyah ,InsyAallah kita akan kuliahkan kitab berkaitan Alam Jin dan Teknik Rawatan Islam....


Wednesday 30 October 2013

Sambutan Maal Hijrah 1435H dan Majlis Khatam Al-Quran Di Masjid Nurul Islam Sg.Itau

0 comments
Assalamualaikum...Makluman kepada semua Ahli-ahli kariah dan penduduk2 sekitar Langkawi ,Pihak masjid akan mengadakan majlis sambutan Maal Hijrah 1435H seperti berikut :

Hari                 : sabtu ,
Tarikh              : 2 November 2013
Masa               : selepas solat maghrib,
Penceramah     : Yang Berbahagia Ustaz Farhan Suhut ,
                         Pensyarah Kanan Universiti Kuala Lumpur,
                         Penceramah Tv 9 & Tv Al-Hijrah....
                         Sahabat kepada Us.Don&Sham Kamikazee

Semua dijemput datang awal ke Masjid sebab ada program Khatam AL-quran pada petang tersebut.....


Tentatif program :
----------------------

Pukul 6.00-7.00 mlm   : Program Khatam Al-quran Di Masjid ,
          7.00-7.30 mlm   : Solat Maghrib ,
          7.45        mlm    : Ceramah Maal Hijrah
                                      Solat Isyak
                                      Jamuan Makan.

Majlis Bersurai.

P/s : Minta semua share dengan kawan-kawan FB yg lain dan sebar-sebarkan melalui Sms....terima kasih atas bantuan semua,semoga dikira sebagai amal ibadah nanti...


Tuesday 29 October 2013

Gambar-Gambar Video Sekitar Kedatangan Rombongan Penilaian Dari Jabatan Agama Islam Negeri Kedah

0 comments


VIDEO 1: Persiapan Terakhir Sebelum Ketibaan Penilai



VIDEO 2: Ketibaan Penilai Dari Jabatan Agama Islam Negeri Kedah



VIDEO 3: Penilaian Berlangsung Di Bilik Mesyuarat Dengan Jayanya


VIDEO 4: Rombongan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah Berangkat Pulang

Tempah Tajwid Pro Sekarang

Popular Posts