Friday 24 June 2011

Mesyuarat Biro Kebajikan dan HAWA

0 comments
Jumaat,24 Jun 2011. 
Satu mesyuarat antara Biro kebajikan Sosial dan HAWA telah diadakan pada hari ini.Tujuan diadakan mesyuarat ini ialah untuk berbincang berkaitan dengan persediaan menyiapkan jamuan untuk Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj yang akan diadakan pada 28 Jun 2011 ini ,hari selasa malam rabu..semua dijemput hadir.

Ketua Biro Kebajikan Sosial, En.Abu bakar b.Hashim

Ketua Biro HAWA, Pn.Hendon bt.Ramli ( tengah)
Bendahari ( kiri ) dan Timbalan Pengerusi ( kanan)

Ahli-ahli Biro HAWA

Masjid Nurul Islam Dulu dan Kini

0 comments
DULU DIKENALI MASJID SUNGAI ITAU ( LAMA )
SEKARANG DIKENALI MASJID NURUL ISLAM

Wednesday 22 June 2011

Program Terkini Di Masjid Nurul Islam

0 comments

Lawatan Jawatankuasa Kariah ke Masjid-masjid Sekitar Langkawi

0 comments
18 Jun 2011 yang lalu, sebahagian dari Jawatankuasa telah membuat lawatan ke  11 buah masjid sekitar Pulau Langkawi. Tujuannya ialah untuk melihat dan mengkaji tentang pentadbiran masjid-masjid yang ada.Semoga contoh-contoh yang diambil dari masjid-masjid lain ini dapat memperkembangkan idea dan seterusnya dipraktikkan di Masjid Nurul Islam ini nanti..InsyaAllah.

 


Tuesday 21 June 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Kariah Kali Kedua

0 comments
Ahli Mesyuarat Sedang Khusyuk Bermesyuarat
Bersedia untuk mesyuarat
Masjid Nurul Islam,Sg.Itau,Langkawi : 18 Jun 2011, yang lalu satu mesyuarat jawatankuasa kariah kali kedua telah diadakan dengan kehadiran seramai 15 orang, termasuk pegawai masjid .Didalam mesyuarat ini Tuan Pengerusi telah memperkenalkan jawatankuasa dan ketua-ketua biro terbaru kepada semua. 

Selain dari itu dalam mesyuarat ini juga pelbagai pembaharuan telah dibincangkan semata-mata untuk memperkemaskan lagi pentadbiran masjid.
Di dalam mesyuarat ini juga telah dibincangkan tentang " Majlis sambutan Isra' dan Mi'raj"
Oleh itu semua masyarakat setempat dialu-alukan menghadiri majlis ilmu ini seperti di dalam iklan di bawah.



ditulis oleh : 
Ustaz Hj.Ahmad Zaki ,Setiusaha Kariah Masjid Nurul Islam ,Langkawi. Sesi 2011-2013

Fail Untuk Semua Jawatankuasa Kariah

0 comments


Bagi memperkemaskan lagi sistem fail dan sistem pentadbiran masjid, setiap jawatankuasa telah disediakan dengan fail masing-masing, setiap kali mesyuarat mereka dikehendaki membawa fail tersebut. Setiap ketua biro yang dilantik dikehendaki melantik ahli-ahli biro mereka dan seterusnya merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan biro masing-masing.

Semoga dengan pembaharuan yang dibuat ini akan memperkemaskan lagi sistem pentadbiran masjid dan seterusnya merancakkan lagi pegimarahan masjid ini nanti. InsyaAllah.


ditulis oleh : 
Ustaz Hj.Ahmad Zaki ,Setiusaha Kariah Masjid Nurul Islam ,Langkawi. Sesi 2011-2013

Sambutan Majlis Isra' dan Mi'raj

0 comments

Sunday 19 June 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Kariah Kali Pertama

0 comments
Masjid Nurul Islam,Sg.Itau,Langkawi : 12 Jun 2011, Satu mesyuarat jawatankuasa kariah Masjid Nurul Islam Sg.Itau kali pertama telah diadakan. Tujuan diadakan mesyuarat ini ialah untuk membincangkan tentang perlantikan jawatan-jawatan dalam jawatankuasa kariah ini.Setelah dipersetujui oleh semua jawatankuasa maka jawatan-jawatan dilantik seperti berikut :



01) Ustaz Hj.Md Isa b.Long,. BKM.,PJK             
- Pengerusi Jawatankuasa kariah / Tuan Imam

02) Tn.Hj.Mohd Isa b.Arshad,.PJK,.PK,.PPA      
- Timbalan Pengerusi dan merangkap Ketua Biro Pendidikan.

03) Ustaz Hj.Ahmad Zaki b.Hj.Md Isa                 
- Setiausaha

04) En.Nazri b.Abd.Rahman                              
 - Bendahari

05) Tn.Hj.Ramli b.Ismail                                   
- Ketua Biro Pembangunan dan Ekonomi

06) En.Abu Bakar b.Hashim                                 
- Ketua Biro Kebajikan dan Sosial

07) En.Ahmad Marzuki b.Shari'at                         
- Ketua Biro Rakan Muda ( Kekal)

08) Pn.Hajjah Hindon bt.Ramli                            
- Ketua Biro Hal Ehwal Wanita ( HAWA) ( kekal)

09) En.Abdul Mutalib b.Ismail                             
- Pemeriksa kira-kira 1

10) En.Adzahar b.Yusoff                                      
- Pemeriksa kira-kira 2
  
Semoga jawatankuasa yang baru dilantik ini akan dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin,dan dapat menaikkan lagi nama Masjid Nurul Islam di mata masyarakat..khusunya di Langkawi.

ditulis oleh : 
Ustaz Hj.Ahmad Zaki ,Setiusaha Kariah Masjid Nurul Islam ,Langkawi. Sesi 2011-2013

Mesyuarat Agung Perlantikan Jawatankuasa Kariah Sesi 2011-2013

0 comments
Pengerusi Jawatankuas Kariah/Tuan Imam

Masjid Nurul Islam,Sg.Itau,Langkawi : 10 Jun 2011 yang lalu satu mesyuarat Jawatankuasa Kariah telah dilaksanakan. Tujuan diadakan mesyuarat ini ialah untuk melantik jawatankuasa kariah yang baru untuk sesi 2011-2013, bagi menggantikan jawatankuasa yang telah pun tamat tempoh 3 tahun.


Oleh itu, ahli mesyuarat telah bersetuju memilih tiga orang seperti yang dikehendaki mengikut peraturan mesyuarat, nama-nama yang dilantik seperti berikut , 
1-Tn.Hj.Mohd Isa b.Arshad,
2-Nazri b.Abd.Rahman dan 
3-Ustaz Hj.Ahmad Zaki b.Hj Md Isa

Manakala AJK yang dilantik oleh Tuan Imam  ialah : 

1-En.Abu Bakar b.Hashim,
2-Hj.Ramli b.Ismail dan 
3-En. Fazlan b.Bashah.

Diucapkan tahniah kepada semua yang dilantik semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih baik lagi..InsyaAllah.

Begitu juga terima kasih diucapkan kepada Ustaz Rashid dari jabatan Agama Bandar Baharu,kerana sudi untuk datang sebagai wakil Yang Dipertua Majlis Agama, bagi mempengerusikan mesyuarat tersebut.

ditulis oleh : 
Ustaz Hj.Ahmad Zaki ,Setiusaha Kariah Masjid Nurul Islam ,Langkawi. Sesi 2011-2013

Tempah Tajwid Pro Sekarang

Popular Posts