Sunday 19 June 2011

Mesyuarat Agung Perlantikan Jawatankuasa Kariah Sesi 2011-2013

0 comments
Pengerusi Jawatankuas Kariah/Tuan Imam

Masjid Nurul Islam,Sg.Itau,Langkawi : 10 Jun 2011 yang lalu satu mesyuarat Jawatankuasa Kariah telah dilaksanakan. Tujuan diadakan mesyuarat ini ialah untuk melantik jawatankuasa kariah yang baru untuk sesi 2011-2013, bagi menggantikan jawatankuasa yang telah pun tamat tempoh 3 tahun.


Oleh itu, ahli mesyuarat telah bersetuju memilih tiga orang seperti yang dikehendaki mengikut peraturan mesyuarat, nama-nama yang dilantik seperti berikut , 
1-Tn.Hj.Mohd Isa b.Arshad,
2-Nazri b.Abd.Rahman dan 
3-Ustaz Hj.Ahmad Zaki b.Hj Md Isa

Manakala AJK yang dilantik oleh Tuan Imam  ialah : 

1-En.Abu Bakar b.Hashim,
2-Hj.Ramli b.Ismail dan 
3-En. Fazlan b.Bashah.

Diucapkan tahniah kepada semua yang dilantik semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih baik lagi..InsyaAllah.

Begitu juga terima kasih diucapkan kepada Ustaz Rashid dari jabatan Agama Bandar Baharu,kerana sudi untuk datang sebagai wakil Yang Dipertua Majlis Agama, bagi mempengerusikan mesyuarat tersebut.

ditulis oleh : 
Ustaz Hj.Ahmad Zaki ,Setiusaha Kariah Masjid Nurul Islam ,Langkawi. Sesi 2011-2013

0 comments:

Post a Comment

Tempah Tajwid Pro Sekarang

Popular Posts