Saturday 2 November 2013

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1435H berlangsung dengan jayanya.

0 comments
Alhamdulillah,majlis sambutan Maal Hijrah 1435H,berlangsung dengan jayanya pada malam ini, dijangka yang hadir 200 orang lebih.Terima kasih kepada semua lapisan masyarakat yang tekah memberikan sokongan terhadap program-program yang dianjurkan. Terutamanya golongan belia telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap majlis-majlis Ilmu, tahniah orang muda. Ajak lagi kawan-kawan yang lain untuk datang ke Masjid. Jutaan terimakasih kepada semua yang telah menjayakan Majlis sambutan pada malam ini.Semoga segala pesanan dari Ust.Farhan menjadi satu titik perubahan dalam diri masing-masing.

Gambar-gambar sekitar Sambutan Maal Hijrah 1435H.


Gambar-gambar Video sekitar Sambutan Maal Hijrah 1435H






Friday 1 November 2013

Kelas Talaqqi Al-Quran dan Mushafah telah berlangsung pagi tadi

0 comments


Kuliah ini diadakan pada :

Hari : Jumaat
Masa : Selepas solat subuh
Guru Pembimbing : Ustaz Hj.Ahmad Zaki 
Terbuka kepada semua penduduk Langkawi

Bagi yang belum bersama dengan kuliah ini , dialu-alukan datang bersama-sama...

Kitab-kitab yang digunakan :

1) Syamail Muhammadiyah - Tentang Peribadi Nabi S.A.W
2 ) Kitab Tajwid - Thariq Syatibi Riwayat Imam Hafs
3 ) Bacaan Al-quran Surah-surah Lazim - beramai-ramai dan persorangan...

Setelah tamat kitab Syamail Muhammadiyah ,InsyAallah kita akan kuliahkan kitab berkaitan Alam Jin dan Teknik Rawatan Islam....


Wednesday 30 October 2013

Sambutan Maal Hijrah 1435H dan Majlis Khatam Al-Quran Di Masjid Nurul Islam Sg.Itau

0 comments
Assalamualaikum...Makluman kepada semua Ahli-ahli kariah dan penduduk2 sekitar Langkawi ,Pihak masjid akan mengadakan majlis sambutan Maal Hijrah 1435H seperti berikut :

Hari                 : sabtu ,
Tarikh              : 2 November 2013
Masa               : selepas solat maghrib,
Penceramah     : Yang Berbahagia Ustaz Farhan Suhut ,
                         Pensyarah Kanan Universiti Kuala Lumpur,
                         Penceramah Tv 9 & Tv Al-Hijrah....
                         Sahabat kepada Us.Don&Sham Kamikazee

Semua dijemput datang awal ke Masjid sebab ada program Khatam AL-quran pada petang tersebut.....


Tentatif program :
----------------------

Pukul 6.00-7.00 mlm   : Program Khatam Al-quran Di Masjid ,
          7.00-7.30 mlm   : Solat Maghrib ,
          7.45        mlm    : Ceramah Maal Hijrah
                                      Solat Isyak
                                      Jamuan Makan.

Majlis Bersurai.

P/s : Minta semua share dengan kawan-kawan FB yg lain dan sebar-sebarkan melalui Sms....terima kasih atas bantuan semua,semoga dikira sebagai amal ibadah nanti...


Tuesday 29 October 2013

Gambar-Gambar Video Sekitar Kedatangan Rombongan Penilaian Dari Jabatan Agama Islam Negeri Kedah

0 comments


VIDEO 1: Persiapan Terakhir Sebelum Ketibaan Penilai



VIDEO 2: Ketibaan Penilai Dari Jabatan Agama Islam Negeri Kedah



VIDEO 3: Penilaian Berlangsung Di Bilik Mesyuarat Dengan Jayanya


VIDEO 4: Rombongan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah Berangkat Pulang

Tuesday 20 November 2012

0 comments
Makluman kepada semua Anak-anak Kariah Masjid Nurul Islam Sg.Itau, bahawa sekarang masjid sudah mendaftar akaun Facebook Rasmi Untuk masjid, anda boleh add di alamat 
( masjidnurulislamsgitau@gmail.com atau http://www.facebook.com/nurulislam.sgitau ) sebarang makluman terkini akan dimasukkan kedalam Facebook tersebut.Mudah-2an dengan adanya FB ini nanti akan lebih memudahkan penyampaian maklumat terkini dari masjid kepada anak-anak kariah semua dan menjadikan medan untuk percambahan idea bagi memantapkan lagi institusi masjid kita....InsyaAllah..terima kasih.

sila klik di gambar atau links di bawah :

 

Thursday 23 August 2012

SAMBUTAN AMBANG RAMADHAN 1433H BERSAMA US.RAMLI BIN SHAFIE

0 comments
Sempena Ramadhan pada tahun 1433H ini,pihak masjid telah mengadakan sambutan di Ambang Ramadhan. Penceramah jemputan pada sambutan tersebut ialah yang berbahagia Us.Ramli b.Shafie. Moga-moga dengan perkongsian ilmu dari pada beliau akan mendapat menafaat untuk kita semua. InsyaAllah.

Gambar-gambar sekitar Sambutan








 



SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ BERSAMA DENGAN PROF.MOHD BAKHIR PENSYARAH UIAM

0 comments
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ

Pada sambutan israk mikraj pada tahun 2012 ini, pihak masjid telah menjemput yang berbahagia Prof.Dr.Mohd Bakhir ,Pensyarah UIAM bagi menyampaikan ceramah berkaitan Israk dan Mikraj.Semoga perkongsian ilmu yang disampaikan akan mendapat faedah untuk kita semua.











Sunday 1 July 2012

KEMALANGAN YANG MENYAYAT HATI DI JALAN AYER HANGAT KG.KILIM 30 JUN 2012 ( AL-FATIHAH)

0 comments

GEMPAR!! KEMALANGAN MAUT MENGORBANKAN 3 WARGA ASING



LANGKAWI 30 Jun - Pemandu teksi dan tiga sekeluarga pelancong arab maut setelah merempuh sebuah lori simen, dalam nahas ngeri meragut empat nyawa di kilometer 14, Jalan Kuah Ayer Hangat di sini hari ini.



Ketika kejadian kira-kira pukul 4.10 petang, mangsa, Zubir Ibrahim, 42, dalam perjalanan hendak menghantar pelancong pulang ke Rebak Marina Resort.

Tiga pelancong terbabit ialah Abdul Rahman Mahammed Abdul Hamed, 18, warga Sudan serta kakak dan adiknya, Miriam Mohamed Maisara, 26 dan Alaa Mohammed Maisara, 16 , yang masing-masing memegang pasport dengan kerakyatan British.


Ketika kejadian, pemandu lori simen Mohamad, 46, yang hanya mengalami cedera ringan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Harith Kam Abdullah berkata, siasatan awal sedang dijalankan dan menahan pemandu lori tersebut untuk siasatan.

"Pemandu kenderaan terbabit hanya cedera ringan namun pemandu teksi dan tiga pelancong arab maut di tempat kejadian," kata beliau sambil menambah kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 

Tuesday 26 June 2012

TAZKIRAH/KHUTBAH JUMAAT JEMPUTAN

0 comments
Butiran seperti berikut :

Hari    : Jumaat
Tarikh : 29 Jun 2012
Masa   : 12.30 Tengah hari


Wednesday 13 June 2012

CERAMAH PERDANA ISRA' DAN MI'RAJ

0 comments
BUTIRAN SEPERTI BERIKUT :








  CERAMAH PERDANA

TAJUK : 

( ISRA’ DAN MI’RAJ :

PEMANTAPAN AKIDAH PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI)


AKAN

DIADAKAN PADA : 16 / JUN /2012

HARI : SABTU

MASA : SELEPAS MAGHRIB


PENCERAMAH UNDANGAN :

YANG BERBAHAGIA PROF. DR MOHD BAKHIR B.ABDULLAH

(PENSYARAH DARI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA ( UIA ) )


MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR


  

Tempah Tajwid Pro Sekarang

Popular Posts