Wednesday 3 August 2011

KENDURI SEMPENA SAMBUTAN RAMADHAN 1432H

0 comments
Sempena kedatangan Ramadhan pada tahun ini, pihak masjid telah mengadakan jamuan kenduri bagi menyambut ketibaan Ramadhan. Kenduri ini telah diadakan pada malam isnin bersamaan 1 Ramadhan 1432H. Dijangka 200 orang telah datang pada malam tersebut. Pada malam tersebut diisi dengan bacaan tahlil selepas maghrib, jamuan makan seterusnya solat isyak dan solat sunat Tarawih. Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih membawa erti kepada kita semua , bagi melayari bahtera kehidupan sebagai Hamba Allah s.w.t.


 
 

SUMBANGAN LUKISAN KALIGRAFI

0 comments
Pihak masjid berasa amat bertuah kerana terdapat anak-anak muda yang ingin berkongsi bakat dan dengan ikhlas hati menderma kaligrafi yang cantik dan menarik untuk menceriakan lagi masjid.Terima kasih kepada saudara Fizli dan Tam, kerana sudi menyumbangkan sesuatu yang amat berharga untuk masjid,sesungguhnya perlu ramai lagi anak-anak muda yang berjiwa begini tampil untuk menyemarakkan semangat cinta dan sayangkan masjid. Semoga Allah memberkati segala kerja-kerja mereka ini dan membalas segala jasa-jasa yang mereka taburkan. Amin


 
 

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN PEJABAT MASJID

0 comments
Baru-baru ini Pihak Jawatankuasa telah mengadakan sesi gotong royong bagi membersihkan persekitaran dalaman pejabat pentadbiran masjid yang baru siap.Bilik pejabat ini dilengkapi dengan bilik mesyuarat,bilik setiausaha dan bilik bendahari. Semoga dengan adanya pejabat masjid yang teratur dan selesa ini akan membantu melicinkan lagi segala progam-program yang akan dirancang nanti..InsyaAllah.



 
 

Tempah Tajwid Pro Sekarang

Popular Posts