Thursday 10 May 2012

SEKITAR SAMBUTAN KULIAH ILMU UMUMI SIRI ( 1 )

0 comments
Sg.Itau,Langkawi.Khamis ,10/5/2012 : Alhamdulillah,kuliah ilmu siri ( 1 ) telah dapat diadakan dengan jayanya dan sambutan dari penduduk setempat begitu membanggakan dengan kehadiran dijangka 150 orang lebih. Dari kalangan pelbagai lapisan usia. 

Pihak masjid ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat di dalam menjayakan Kuliah Ilmu pada malam ini. Walaupun pada awalnya pihak urusetia telah mengatur yang berbahagia Us.Mohd Isa b.Abd.Rahman tetapi oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka telah ditukar kepada yang berbahagia Us.Lutfi Amir. 

Tetapi apa yang pentingnya bukan orang yang menyampaikan ilmu tetapi ilmu yang disampaikannya itu adalah lebih penting dan berharga lagi. InsyaAllah teruslah anda semua memberi sokongan kepada j/kuasa kariah untuk sama-sama mengembalikan aura-aura kuliah ilmu di Masjid kita ini. InsyaAllah kita akan jumpa lagi pada Kuliah Ilmu Siri ( 2 ) nanti.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KULIAH ILMU SIRI ( 1 )













0 comments:

Post a Comment

Tempah Tajwid Pro Sekarang

Popular Posts